Wednesday, September 22, 2010

terkilan

salam...

Hari ni aku nak berbicara soal hati. cehhhh bunyi macam tengah bercinta bagai. no no no. don't get me wrong. ianya cume rasa hati aku yang terkilan disebabkan perilaku kawan-kawan. since tak ramai yang tak tau ataupun buat-buat tak tau pasal blog ni maka akan ku coretkan rasa hati ku di sini. seperti yang ku lakukan waktu awal-awal berblogging suatu masa dahulu (awal tahun 2008). fuhhhhh ayat bahasa melayu habis! hehe ;)

begini ceritanya... dua hari lepas aku terkejut sebab seorang kawan ku ini (lelaki) telah berkahwin secara senyap-senyap! aku pun sepantas kilat pergi tengok fb kawan ku ini. memang sah! tapi takde pun dia update status bagitau die kahwin? dan boleh dikatakan hampir semua komen di wall nye itu mengatakan yang semua terkejut die kahwin! mostly kawan-kawan tak tau. kalo takde la kawan die yang upload gambar kahwin dan tagged dia, aku rasa sampai sekarang takde siapa yang tau. aku bukan lah marah. bukan nya best friend aku pun. tapi still kawan kan. dulu pernah la rapat sekejap (as a friend). sms,ym,e-mail. pernah lepak sama rasanya. yang penting kami dulu satu group masa training. we spent 10 days bersama satu kumpulan. so i guess we're pretty close! tapi tu la. time flies, people changed. dia kahwin raya yang lepas. bila di komen kata kahwin senyap-senyap katanya sebab majlis hujung tahun. so nanti baru nak layang kan kad. hello! aku bukan la nak kad... kalau inform kan lagi bagus. sebab setahu aku lah kahwin memang kita kene hebohkan.. sebab tu kena buat majlis. supaya tak timbul fitnah. kan? lagipun aku pernah terserempak dengan dia bulan 7 hari tu. aku terkejut yang lebih ni sebenarnya sebab tak silap aku die baru putus tunang. tapi tu kisah tahun lepas la.
ntah la... terkilan rasanya. sebab kita ni tumpang happy la kan kalau kawan kita kahwin kan? nak kata artis pun tak... tapi takpe lah.. dah selamat pun.  cuma yang kelakar aku tengok hari ni barulah die update relationship status, update status bagitau pasal dah kahwin. dan ramai kawan-kawan die serang.. HAHA. tu la! apapun tahniah ye sahabat.. semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia selamanya.. aminn

pendapat aku, kalau kahwin seeloknya diwar-warkan... walaupun tak mejemput at least inform. lagipun berita gembira buat apa lah sorok-sorok kan? kalau tunang tu acceptable la kalau tak nak diclose. takpe bila tiba masa aku nanti akan ku hebohkan kat semua.. fb,twitter,blog! HAHAHAHAHA ;p 

nota kaki : hari tu kawan baik aku tunang senyap-senyap pun aku sentap!!! nasib baik reason kukuh. hehe ;p

0 thought(s):

c l i c k

 

.eat.laugh.share. Design by Insight © 2009