Tuesday, November 30, 2010

nadea's daily drama

13 thought(s)
salam

Finally I've changed my blog's name ;) phew. it's not easy as it seems. I want it to be simple yet catchy. So here it is- .NADEA'S DAILY DRAMA. well I've a few names to be chosen but I think this is the most suitable at the moment. ye ke? hehe ^_^ if u guys noticed I kept changing the name from nadea's daily drama to la vida nadea. oh i'm so indecisive! but I guess let's keep it as Nadea's daily drama for the time being. Will change it once I have decide. toodles!

nota kaki : bila banyak sangat pilihan macam ni la jadinya. HEHE ;p

Monday, November 29, 2010

copycat

4 thought(s)
Salam

Petang tadi office mate aku mintak nama blog aku (bukan semua orang aku bagi link blog ni. rahsia konon. HAHA), dia nak baca. Aku kata try la google Never ending stories. Tapi tak jumpa. Then aku pun try la google sendiri never ending stories blog. Oh no ramai nya guna nama blog ni! dan aku sendiri tak jumpa blog aku. cis! tapi yang paling aku tak sangka aku jumpa 1 blog ni, bukan nama blog je sama, quote kat header pun sama!! then dekat section about me tu pun sama (ni aku guna dalam former blog)! I was like, eh??? Copycat ke ni?? aku pun terus la ke blog beliau. hmmm nama pun memang sama nama aku. tapi takde emerald je. Terasa cam masuk blog sendiri pulak. HEHE ;p aku tak marah pun sebab quote yang dekat header tu memang bukan quote aku. Anyone can use that quote. Tapi yang about me tu memang aku buat sendiri. Terasa cam hebat sangat ke ayat tu sampai nak guna jugak? siap spelling sama, berapa banyak full stop aku letak, short form semua sama, sebijik! HAHA. Am speechless and flattered as well. Lepas ni nak tukar nama blog lah. Walaupun dah guna dari 2008 lagi nama ni tapi sebab ianya dah too common kan so have to change. Sesiapa ada idea? ^_^

nota kaki :  jangan guna untuk buat benda tak elok sudah. chill~

Eyeliner

4 thought(s)
Salam

hi semua... tak tau dah nak update apa. Since sejak dua menjak ni aku sangat-sangat into make up stuff so hari ni nak blogging pasal make up. Heee ;p Well aku bukan lah rajin make up mahupun pandai make up. Ikut mood sebenarnya. So current mood is memang sangat-sangat nak make up okay!! Sampai pergi ofis pun aku pakai mascara!! Walaweh.. FYI mascara adalah merupakan alat solek (alat ke eh? hehe) yang paling jarang aku pakai!!! Don't know la why I'm not into it. Mascara yang aku beli 2 tahun lepas pun tak habis lagi. Adik aku dah rembat pun. Kalau ade function (wedding or dinner) baru lah cam pakai mascara. Tu pun tengok mood. Kah3. Kalau mascara pun jarang, fake eyelashes memang tak pernah la kan! Tak pernah beli and tak pernah pun try. Tapi baru-baru ni beli la Mascara baru. Tu pun teruja lepas tengok blogger famous ni, wani buat tutorial make up die, aku pun rembat mascara tu! okay lah nak basuh pun senang ^_^

Tapi item yang wajib aku pakai hari-hari adalah eyeliner!!! Aku start pakai eye liner since 2008. 1st eyeliner aku pakai ialah Kajal Stick Eyeliner. Ni Knot yang perkenalkan. beli kat Mydin tak silap RM2 je. Murah dan best! masa mula-mula pakai aku pakai kat bawah mata je. Tak pandai lagi la katakan. HEHE. pastu aku stop pakai ni sebab tak jumpa. Aku bukan pergi mydin pun. So sejak daripada tu aku asyik tukar eyeliner je.



Aku pernah try elianto, (dah macam-macam jenis, gel + pencil + liquid) tapi semua nampak cam sememeh. Tension betul. then aku pernah try pencil eye liner dari body shop & maybelline pun sama. Baru-baru ni try simplysiti punya (pencil + liquid) okay lah sikit-sikit. tapi still comot sebab kulit aku oily. so bila dah petang eye liner tu comot. -_-  tapi baru-baru ni aku dah jumpa yang sesuai! aku sangat suka.... still comot bila petang tapi tak seteruk macam eyeliner yang aku guna sebelum ni..... nak pakai pun senang!! jeng jeng jeng
Double Intense Gel Eyeliner from silkygirl! sangat best okay....
 



A creamy gel-type eyeliner that ensures easy and precise application, even for beginners. Thanks to its Silicone Polymer Technology, the gel eyeliner glides on effortlessly to deliver intense and vivid color payoff; mistake-free. It comes in a smart packaging where the eyeliner brush is neatly attached to the casing, so you don’t have to worry about losing the brush.

Memang sesuai bagi yang baru belajar nak pakai tu. Aku yang dah lama pakai pun suka. Heeee ;p Harga pun affordable. Aku belum telintas nak pakai high end product lagi. budget tak cukup maa~ HEHE
 Korang kalau ada eyeliner yang best-best lagi share la.. Sharing is caring... daa~


nota kaki : setelah ber blogwalking dan juga googling, banyak sangat yang aku tak tau pasal mekap ni! baru tau apa itu BB cream- it's anti blemish cream n it's a UV Block + Moisturizer + Makeup Base + Foundation dan juga eye primer. kena cari nih. sapa tau blogshop mana ade jual urban decay primer portion? macam nak try je. hihi ^_^

Saturday, November 27, 2010

Unappreciated

7 thought(s)
Salam

Tak tau la lately aku agak sensitif. Nak kata PMS bukan. Asyik nak kecil hati. Silap sikit kecil hati. Sampai rasa macam dah takde hati pun ya. -_- Atau ini memang biasa bagi seseorang yang meningkat usianya? Oh no! Ada sesiapa ada petua untuk elak diri dari kecil hati tak? I really need it now! Penat la nak rasa camni memanjang. Mengganggu emosi aku je. I feel unapppreciated. T_T

Nevertheless I will try to set in mind that as long we appreciate others, there will be someone who will appreciate us in returns. It's better to keep our heart free and easy rather than feeling hurt & disppointed, right? But then it's easier said than done. hmmm


nota kaki : yang lagi aku kecil hati bila orang yang buat aku kecil hati tu tak pernah sedar yang dia/mereka dah kecil kan hati aku. sedihhhhhhhhhhhhhhhhh ;(

Friday, November 26, 2010

Elaine Daily, Awie & Hujan at The Curve

12 thought(s)
Salam

tajuk nak gempak je kan? HAHA. Actually esok aku akan pergi The curve atau sekarang dah tukar nama jadi e@Curve. Eh kenapa perlu blog? HAHA. saje sebab ni blog aku. sengal kan. hihi ^_^ Lagi satu esok pergi The Curve tu bukan untuk membeli-belah ye kawan-kawan. Aku pergi atas urusan kerja. wahhh hebat tak pergi kerja kat shopping mall? Best kan. Agak poyo di situ. wakakaka ;p Jadi sesiapa yang rasa nak tengok aku secara LIVE (bajet artis!!! sila muntah sekarang) maka marilah beramai-ramai datang ke The Curve di Centre Atrium, Ground Floor. Aku dijangka akan berada di sana dari pagi hingga ke petang. Artis lain yang turut ada bersama aku adalah Elaine Daily, Awie, Douglas Lim dan juga performance dari Hujan! Jadi kepada peminat mereka semua ini, datang lah ye... Baik kan aku promote. heee ;p Kalau jumpa jangan lupa tegur aku ye. okay itu sahaja untuk sesi promosi hari ni. Sekian..

nota kaki : masalah sekarang ni aku tak tau jalan ke The Curve la!!! HAHA. never been to the curve. Kesian kan? nama je dok KL. hihi. aku memang homely type. Jadi aku mintak jasa baik rakan-rakan/followers/readers kalau boleh bagitau sikit jalan nak ke sana? Aku duduk cheras. atau lebih tepat lagi di area pandan perdana/shamelin. Thank you!!

Wednesday, November 24, 2010

Bithday

13 thought(s)
salam


just a quick update...
today is 24 November 2010. my twenty something birthday! yeay!!alhamdulillah... thanks kepada yang wish. as always my fb wall penuh !! ade yg call, sms. thank u so much! today's plan? no celebration of course. biasa lah memamng takde celebrate ni. sedih je bunyi. takpe la. cuma hari ni nak servis kereta then jalan-jalan seorang diri. HAHA. got to go. nanti update lagi... daa~

nota kaki : memang dah biasa cuti bila birthday. dulu kecik-kecik sebab jatuh time cuti sek or cuti sem. so aku tak biasa terima wish dari kawan-kawan secara lansung. meaning, face-to-face. aku malu. tu yang apply cuti gak. hehe ;p

Tuesday, November 23, 2010

24 hours

10 thought(s)

salam

InsyaAllah 24 hours from now I'll be a year older. Alhamdulillah.. masih bernafas di bumi tuhan. I hope it's not just a year older but more to a year better. ;)

nota kaki : nak tau ke umur aku berapa? takyah la. yang dah tau tu diam-diam sudah. yang penting aku memang dah tua. tapi masih muda di hati dan rupa. HAHAHAHA ;p

Monday, November 22, 2010

Windows Live Writer

0 thought(s)
Salam…

guys, I just wanna share something cool! Have you ever heard windows live writer? Let me share with you what it is ;

Windows Live Writer makes it easy for anyone to tell stories like a professional blogger. You can create beautiful blog posts, and see what they'll look like online before you publish them to your blog. Plus, you can publish your posts to any of your favorite blog service providers

In simple words WLW is a tool for you to create your entry (as if you updating from your real blog theme) without any connection to the internet (correct me if I’m wrong. this is merely base on my understanding). You can create your entry at anytime & anywhere as long as you have install WLW  in your laptop/PC ! how cool is that? plus it will be look exactly the same as your blog theme! It is a simple way to update your blog especially when your broadband connection is so slow OR there is no connection at all. What you have to do is just create an entry and you can choose either to publish your entry automatically, or scheduled entry or just wanna make it as a draft! For draft, once you connect to the internet than you just have to publish it right away! Blogging has never been this easy, no?

WLW offers more features than you can imagine. Go explore WLW now! Words can describe how cool this WLW is unless you experience it with yourself! This is a must for a blogger! Go download it now.

Windows Live Writer 2011 (Recommended)


Windows Live Essential 2011


nota kaki : aku buat entry ni menggunakan WLW dan aku buat scheduled entry. Sangat cool. Best giler. Lepas ni kalau kat kampung pun aku boleh create entry macam kat real blog. yeay!!

Cerita hari raya

2 thought(s)
Salam

Jumaat yang lepas kami sekeluarga ada buat korban. korban kali ni buat di rumah pak ngah di Tanjung Medan, Selangor. Maklumlah aku kan dah takde kampung (rumah arwah opah dah takde orang duduk. sob sob). So paling sesuai buat di rumah pak ngah sebab suasana kampung dan kawasan yang luas. senang buat kenduri. HEHE.

okay ni kali pertama (seingat aku sejak aku dah besar) kami sekeluarga buat korban dan kenduri sendiri. Korban ni atas nama aku 6 adik beradik dan seorang lagi makcik ku. Disebabkan korban atas namaku jadi sunat untuk kami 6 beradik tengok sewaktu lembu tu disembelih. Sorry ye aku baru tau. Ke aku baru ingat? Sure masa sek dulu ada belajar kan?  HEHE.

So pagi jumaat tu dengan tak mandi dan ngantuk (malam sebelum tu kitorang tidur pukul 4pagi. sesi berborak sesama ahli keluarga. ngee~) aku pun dengan penuh semangat pergi tengok aktiviti penyembelihan itu. Mula-mula kesian kat lembu tu. Boleh pulak die buat muka kesian sebelum kena sembelih tu. adehhh T__T. tapi bila fikir balik, sebaik sahaja disembelih lembu tu terus ke syurga, jadi kurang sikit rasa kesian tu. Baik kesian kat diri sendiri yang belum tentu ke syurga ni kan? sob sob.

jom tengok.. inilah dia bakal tunggangan ku di padang masyar nanti. InsyaAllah sekiranya cukup amal ibadat.

* aku nak tangkap dekat lagi, tapi die tenung aku semacam. takut duhhh. HAHA *


*saat-saat disembelih..*

InsyaAllah nanti satu hari aku buat korban guna duitku sendiri. Amin :)


korban ni sunat kifayah tau

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.
Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.
Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai. sumber dari SINI

nota kaki : Kali pertama seingat aku, hari raya aidiladha aku meriah sebegini.. biasanya duduk rumah je. heee ;p bagaimana raya kalian semua?

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA

10 thought(s)
Salam...

eh kenapa kat radio ada lagu raya ni? arghhh stress la! Esok raya ke?? tak rasa pun.. hehe... aku masih lagi di kantor ni... Banyak giler kerja yang tak selesai.. nak raya camna? huhu.... Nasib baik la raya haji je.. kalau lah raya puasa hari tu keadaan camni memang menangis tak berlagu la aku.... By the way for me raya haji tak meriah sangat.. Raya pun kat KL je... dulu lagi lah siap pergi kerja masa raya haji tau! My ex (at that time was my BF la) marah kot. HAHA. Cuma tahun ni lain sikit sebab my mom korban. So on friday balik rumah pak ngah ku...Tapi cam pelik cuti ku.. Esok cuti, then khamis kerja, jumaat cuti. Kalaulah dapat cuti straight kan best! tapi tak boleh sebab ada kerja yang perlu diselesaikan... sob sob (T__T)

so just wanna wish to all my followers and readers,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
&
MAAF ZAHIR BATIN

nota kaki : kerja ni sampai bila pun tak selesai.. boring!!

Saturday, November 13, 2010

Catty of the day

4 thought(s)

Salam...

okay here is catty of the day. Say hello to mocat! meowwww ;)

Mocat ni baru 8 bulan... He's my fave cat at the moment... Maklumlah rumah ada banyak kucing jadi haruslah ada fave kan. ngeh3. Dia ni paling jarang ada kat rumah. ye lah kucing jantan. berjalan aja. Geram je aku. Nak manja selalu pun tak boleh. ^_^ tapi semalam 1st time aku kena cakar.. sebenarnya aku tengah nak angkat dia.. tapi cara aku tak kena kot. die cam terkejut. Habis aku kena. Sakit sikit sebab luka agak dalam.. tsk. tapi takpe aku tak marah. HEHE

tengok tu.. panjang kan.. hurmmm

Nota kaki : Mocat generasi ke-4 Baby.. baby adalah perintis kucing di rumah ku.. baby dah 7 tahun umur. ;)

Sungai Lui

2 thought(s)






Aizat Amdan - Sungai Lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini


nota kaki : just wanna share coz this is really a nice song. aku sangat suka sebab ada bunyi angklung tu~ 

Friday, November 12, 2010

11 months

0 thought(s)

Salam

How time flies! Today is 12 November 2010. I have been working HERE more or less 11 months!!! gulp. For the record,  I've never been in the organization for more than 7 months! The longest period I served was in Bank **** which from May 2007- Nov 2007. After that I joined a training conducted by IBBM with a high expectations that will get a better job after graduate but somehow I ended up jobless for quite some time.. everything not fall into place. sob sob (T__T) Then I worked for Bank **** **** from July 2009-Dec 2009.  So roughly I've been moving from one company to another for the past 3 years! wow. Can't believe that I've been doing that. Why on earth I can't stay longer in one organization? I don't know. Perhaps it's due to better offer that they offering me. And now I'm thinking to move again? Well I don't think it's time yet. Even though I've been complaining about how lousy my work is, but deep inside my heart I feel so grateful to be here... ehem... Nevertheless I don't really see myself  would be HERE for the next 3 years... So where my life is heading to for the next 3 years? Only Allah knows... ;)

notakaki : bila kerja banyak aku mula gelabah, then terus nak cari kerja lain!  sengal kan? HEHE but seriously I still need some time untuk menyukai kerja sekarang. Aku belum dapat kepuasan sejak kerja di sini... 

Thursday, November 11, 2010

Sebelum Cahaya

7 thought(s)



Artist : Letto
Lirik Lagu : Letto - Sebelum Cahaya
Letto - Sebelum Cahaya 

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Chorus

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta


Nota kaki : aku memang ketinggalan sebab baru sekarang nak suka lagu ni! HAHA. ye la aku tak follow sangat lagu indonesia ni... aku tau lagu ni pun sebab tengok sinetron cahaya tu semalam...  tapi lagu ni memang best layan... tambah lagi bila tengah nak jiwang-jiwang.. weweeeee ^_^

Wednesday, November 10, 2010

Churp churp!

8 thought(s)
Salam...

tetiba terpanggil buat entry mengenai churp churp ni. Actually aku pun tak faham sangat how does it work. Tapi dalam tak berapa faham tu dah ada duit jugak la dalam tu. Walaupun tak sampai RM1 pun lagi.. tapi still duit kan? HAHA. kalau ikutkan aku merata-rata ada duit. Tapi paling banyak so far dalam Nuffnang account. Dah boleh cash out tapi nak tunggu lagi sikit. Kat youthsays & adverlets pun ada.. tapi biasa la not eligible to cash out yet. So bila encounter this web churp churp that offers something in return, then without second thought aku terus sign up! taraaa! takda baca apa-apa terus sign up okay (typical me). Pastu dah authorized my twitter and facebook account then only aku baru cam terpinga-pinga how does it work?? sengal kan. HAHA. jom gelak ramai-ramai.^_^

Tapi secara basic aku faham la.. ChurpChurp is a baby to Nuffnang, it s more to the ads via facebook, mainly in twitter. So korang akan diberi assignment la untuk tweet particular ads with all the required keywords or links! Keyword or links tu wajib ada kalau tak tweet korang takkan di approve! so far aku dah lepas dua assignment. now tengah tunggu approval draft another 2 ads! best pulak rasa sebab ada assignment! HEHE. makin ramai follower makin banyak la korang dapat. macam aku follower pun cam tak berapa ramai so takde la banyak. tapi takpe sikit-sikit lelama jadi bukit!

Kalau betul cara nya boleh jana ribu riban jugak dari sini weh! tak caya tengok la blogger yang terkenal. Contohnya redmummy tu. cepat pergi blog dia tengok! HEHE Jadi jom kita churp churp! for futher info just hit churp churp!

Nota kaki : cuma aku tak faham yang tentang seeding tu. anyone care to share? kalau nak follow my twitter search me, nadea emerald ;)

Tuesday, November 9, 2010

I love Bandung Finale

6 thought(s)
Salam..

berjumpa kembali dalam entry Bandung! Sure ada yang dah muak kan asyik-asyik cerita pasal Bandung?! HAHA ;p ok i promise this will be the final part. It concludes all ;) Actually aku memang saja cerita detail mengenai trip ni. Not so much for your info or reference but more to my own benefit. Remember, this blog is my online journal. Aku ni pelupa sikit. so haruslah aku cerita sedetail yang mungkin untuk dikenang buat masa hadapan.. ^_^ Btw just a reminder, this is gonna be a long entry that might bore you to death! heee ;p

So selepas kami pulang dari Kawah putih, guess where we went?? HEHE of course la ke Pasar Baru! YAY!! Tapi sebelum tu masa otw turun dari kawah putih supir cadangkan berhenti kat 1 port ni untuk bergambar. Dari sini nampak view ciwidey dari atas. sangat cantik! bagus tak supir kitorang?? HEHE

cantik kan? i like!!

lepas tu terus la ke Pasar Baru. masa ni memang teruja nak habis kan duit kat sini sebab esok dah balik Malaysia. Dalam kepala dah tau apa yang nak di beli. Just wanna topup beberapa helain kain untuk di bagi kepada orang ni dan orang tu. Tapi bila dah sampai pasar baru memang giler la. Terus lupa semua plan asal. HAHA. Tetibe jumpa pulak kedai jual Batik (thai silk) yang cantik! waduh2. mana bisa tahan. Harusla beli. Price 250,000rp. Kat Malaysia dalam mimpi je la dapat harga camtu. Tanpa berlengah terus beli! Sebenarnya supir dah pesan, kalau kat Pasar Baru better jangan beli terus. Survey and compare. Tapi kami ni memang spesies terus beli kot. Tak sempat ah nak survey and compare ni! Kalau jumpa kedai lain yang jual lagi murah, tutup mata je la jawabnya. -_-

Lepas tu terus turun ke lantai 1 untuk beli keychain + t-shirt bandung. Ni untuk kawan-kawan di ofis. Aku agak beruntung sebab beli kat sini... So far aku dapat yang paling murah compare dengan kawan-kawan lain. Keychain aku dapat beli 40,000rp untuk 50 keychain!! Cuba korang kira berapa dalam RM?? kawan-kawan aku semua beli mahal daripada tu. HEHE. lepas tu borong t-shirt bandung untuk aku sendiri 2 helai cukup. ;)

Then we off to Amanda. Amanda ni jual brownies. Salah satu benda yang wajib di beli kalau ke Bandung! Sebenarnya member aku just nak beli brownies di kartika sari, tapi supir cadangkan beli kat Amanda dulu.  So sampai Amanda aku pun cam pening. Banyak sangat selection. Kebetulan pulak tester dah habis. So just borong original Brownies la. Aku beli kukus & bakar. Berkotak-kotak jugak lah. untuk kukus 1 kotak = 24,000rp. Bakar = 22,000rp. Kawan aku sampai kena isi dalam kotak la sebab banyak sangat! Suka orang bandung sebab orang Malaysia semua borong tak ingat dunia ;)) Bila sampai Kartika Sari terus dah tak tau nak beli apa. HEHE. Aku cuma beli pisang bolen dan pisang sale. Pisang bolen ni memang glamour la kat sini. Pisang dan dalam die ada cheese! Marvellous! btw kedai ni cam high class sikit so harga up sikit dari Amanda la... Aku lupa nak amik gambar la... btw kartika sari boleh beli online  ;)

Then lepas tu shoot terus ke SPA! The spa is called Everyday Spa located dekat dengan rumah mode... Pekerja tak ramai so hanya 4 orang je yang boleh berspa. yang lain tu diorang pergi jalan-jalan di FO. Me and two friends of mine go for foot reflexology + head and shoulder massage. The price was 109,000rp per person (90 minutes). Another friend of mine go for body massage + body scrub + face massage (120 minutes) and the price was 199,000 rp per person. The massage was totally WONDERFUL!!!  I TOTALLY recommend this spa if you ever want to enjoy the spa in Bandung.It's worth every penny u all ^_^



recommended!


 this is us before massage! yang ada masuk dalam gambar sikit tu la yang massage gue ;)

and this is us after that! can u see the difference? HAHA. kami lebih bertenaga! tapi malang sudah mau pulang. sob sob ;(

Memandangkan kawanku agak lambat habis (2hours massage)  so tak dapat la kami ke kedai makan yang agak extravaganza (similar to look out point where u can see the magnificent view of bandung at night). So we just went to sundanese restaurant nearby. Kalau jalan kaki 5 minit je dari Spa tapi kitorang malas supir kata naik kereta jugak. HEHE.Aku tak ingat nama restaurant tu apa. sorry yer.


 My dinner- an Indonesian cuisine, nasi timbel. sedap okey! aku suka sambal dia sebab pedassssss~


Aku kat bandung ni paling suka juice. sebab memang pure and takde ais okay. so adalah wajib untuk order mango jus! duhhh terliur pulak. On top of that, the prices are quite reasonable and food is not bad. Actually restaurant ni macam konsep kampung daun gak. The restaurant is surrounded with green and beautiful scenery. Nampak dari depan ingat kecik je. sekali dah masuk ha besar kot.

say aaaaahhhhh!!! katanya orang bandung suka buat gaya gini masa bergambar ;))

Sesudah kenyang perut + chit chat + gelak ketawa maka sudah sampai masa untuk kami pulang ke hotel. Last day ni kitorang amik 2 bilik je. So 7 orang perempuan share 1 bilik okay. Takpe lah bukan nak tidur sangat pun sebab dalam pukul 3.30am dah kena gerak ke airport.

This is us before departed to KL. we wore i <3 Bandung t-shirt!


Masa check in staff kat situ siap puji sebab kami semua pakai t-shirt i love bandung. KAH KAH KAH. lepas tu semua nervous takut excess baggage melampaui batas. hanya 2 orang je yang tak samapi 15kg. Kitorang yang lain semua lebih. total excess is 50kg for 7 of us!! HAHA. Flight balik ni early than scheduled. macam 30 minutes ealier la. Banyak lagi pics kat airport tapi takyah la tepek semua kat sini kan. HEHE.

Sekian sahaja untuk trip ke bandung 2010. In a nutshell sangat enjoy and happening! happening sebab dapat pergi dengan kawan-kawan yang best bangat! plus our trip is fully package (shopping+tengkuban perahu+angklung+kawah putih+spa).  Bukan semua orang ke Bandung dapat semua tu kan? see how lucky is us!! and our supir is the best! angklung + amanda + spa were not in the plan pun sebenarnya. supir yang bagi cadangan. dah la flexible. i like!! promote ni. HAHA.

nota kaki : pic kitorang kat bandung ni ade la dalam 4000 keping u all!!! tapi sikit je la aku bagi korang tengok... konon menjaga exclusivity. bajet betul aku. HAHA.

Monday, November 8, 2010

Monday blues

5 thought(s)
salam...

Monday blues? Not for today. tak sempat aku nak feeling blues-blues ni... Ni baru dapat duduk... Nasib baik sempat light breakfast. Badan tetiba terus sakit-sakit akibat lari sana sini.. Haru biru betul duhhhh! Dah la aku ni kalau keje kelam kabut tend to do mistake! benci ahhhhh... ;((

okaylah saja je nak update. sebenarnya nak update pasal Bandung (finale) tapi nantila tak sempat kotttt.

Nota kaki : gini la keje aku. Bila takde keje tu memang lansung takde. tapi bila ada tak nyempat-nyempat. terus lapar aku dibuatnya!! uwaaa ;(

Sunday, November 7, 2010

Aku suka

10 thought(s)
Aku suka tengok gambar aku berulang-ulang kali sampai aku muak.
Tapi korang suka ke?

Aku suka baca blog aku berulang-ulang kali sampai aku bosan.
Tapi korang suka ke?

Aku suka dengar lagu lama-lama terutama 90's sampai aku hafal.
Tapi korang suka ke?

Aku suka bergambar sampai habis semua gambar ada muka aku,
Tapi korang suka ke?

Aku suka ingat balik semua kenangan lama yang best sampai tak sedar waktu berjalan.
Tapi korang suka ke?

Persoalan nya di sini ada aku peduli korang suka ke tak?? HAHA.

*Ini hanyalah entry suka-suka. Aku tengah tahan nafsu untuk tidur sebab sekarang tengah hujan + angin kuat. ^_^

Nota kaki : kalau boleh aku nak tempel semua gambar kat dalam blog ni. tapi nanti loading lama la plak. huhu

Saturday, November 6, 2010

I love Bandung Part 3

0 thought(s)
SALAM....

Kampung Daun

sebelum dinner kami pergi ke FO yang lain seperti branded outlet dan secret. aku suka secret. cantik dan banyak selection. tapi aku tak sempat membeli belah sebab frust battery camero flat! dua-dua DSLR pun battery flat! duhhh. stress sekejap! mana tak stress sebab malam tu kami akan ke kampung daun untuk dinner. luckily member lain punya camera still ade. tapi shot tak secantik kalau guna DSLR. duh bingung! Kampung daun ni pun wajib untuk pergi sekiranya ke bandung. sangat cantik dan nyaman. bak kata my darling eira kalau ada yang propose her kat situ, she'll definitely say yes! hehe ;) it is indescribable lah tempat ni. tu pun kitorang datang malam. kalau siang confirm lagi cantik! food wise, okay. sedap je. price pun takdelah mahal sangat compare kat Malaysia sebab kalau kat sini bila restaurant tu high class sikit price mesti melambung tinggi. huhu.

group photo di signage kampung daun

such a lovely place to dine in

aksi kami di kampung daun
Kawah putih

keesokan harinya kami melawat Kawah Putih, tempat shooting fiLem my Heart tau ni. SubhanAllah, itu perkara pertama aku sebut. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Kawah gunung berapi yang tak aktif ni sangat-sangat cantik seperti swimming pool dikawasan pergunungan. Lebih cantik dari Tengkuban Perahu I must say. Dan juga sangat dingin. Sewaktu berhenti untuk bergambar di signage (wajib!) masing-masing menggigil. Hujan gerimis pulak tu. duhhh nyaman! Perjalanan 2 jam dari bandar Bandung. Jangan risau, perjalannya juga indah sekali, ada sawah padi, kawasan pertanian (orang Sunda), tanaman strawberi dan menikmati suasana kampung. 


on the way to kawah putih

Sampai di puncak kabus agak tebal. can't really see the panorama. Tapi kami teruskan dengan bergambar. Menurut kata Mas Hendro air tasik tu bertukar color bergantung pada kandungan sulfur. kadang-kadang hijau, biru atau putih. Oh ya bau sulfur di sini lagi kuat berbanding di Tengkuban Perahu. Di sini juga tak sesak dan takde yang jual-jual macam kat Tengkuban Perahu. Lagi aman la. Cuma yang ada orang untuk ambil gambar and terus print. Sekeping gambar 10,000rp. Murah! jadi haruslah beli. Mula-mula aku memang pakai shawl sebab serious macam kat oversea I tell you! I'm shivering to death. Lantak la dalam gambar tak cantik pun pakai shawl. Tapi lama kelamaan dah okay sikit. Kabus pun lama kelamaan hilang. Bila kabus hilang, Subhanallah memang beyond words! Memang aku tak boleh nak express kat sini betapa cantik. U have to go there by yourself and see it with your own eyes. It's worth every penny! oh lupa untuk masuk bayar 50,00rp. sama macam di Tengkuban perahu. Gambar maybe tak secantik kalau professional yang capture. semua gambar ni our supir yang tolong tangkap kan ;)

nampak kan bila kabus hilang jadi sangat cantik? i like!! rasa macam nak buat pre-wedding shoot kat sini. jom siapa nak ikut? hehe ;p

1st pic- nampak tak kami berpelukan? sejuk bangat dong!!
2nd pic- semua dah pakai shawl...
3rd pic - okay masa ni dah tak berapa sejuk
4th pic- walaupun tak sejuk angin kuat u all! aku dah macam pregnant sebab baju tu asyik kembung kena tiup angin. huhu

okay done for part 3. I will update the final part soon. tunggu!

nota kaki : ramai pula kenalan aku pergi Bandung minggu ni. Rasa nak ikut je! kitorang pun sudah berkira-kira mau book flight untuk pergi next year. HAHA. kami memang giler. Giler ke Bandung!!

Friday, November 5, 2010

just wanna share

0 thought(s)

this is the video that i manage to record. enjoice ;)


nota kaki : mood bandung masih kuat. apa sudah jadi padaku?

Thursday, November 4, 2010

I love Bandung Part 2

4 thought(s)
Salam.

Tangkuban Perahu

Hari ke-2 kami di bawa ke Tangkuban Perahu. Tempat ni adalah destinasi wajib bagi pengunjung yang baru pertama kali ke Bandung! Seriously. Tangkuban Perahu ni kawah gunung berapi yang tak aktif. The view up there is really breathtaking and refreshing! SubhanAllah sangat indah alam ciptaan Tuhan. Cuaca pun agak sejuk. Siapa yang tak tahan tu get ready la dengan shawl/jacket. Aku bawak shawl cuma tak guna sebab nanti dalam gambar tak cantik. HAHA. Bau sulfur agak kuat tapi still boleh tahan. Dan dekat sini korang akan rasa macam artis sebab sana sini ada yang akan mengekor untuk jual segala macam benda. key chain la, topi la dan macam-macam lagi. Kalau takde intention nak beli, jangan layan. Buat macam diorang tak wujud. Seriously. Kalau tidak die akan ikut korang ke mana-mana je. Play safe ya kawan-kawan. Terpaksa la jadi hati kering. Sebab Mas Reza dah pesan awal-awal. Lagi satu kalau ada yang offer untuk bawak pergi ke kawah apa tah (aku lupe) jangan pergi. The journey will take 4 hours of walking and you have to pay 1 juta rupiah for it! it's not worth it. Melainkan korang bawa duit banyak dan bercuti ke Bandung selama seminggu. HEHE. okay bila sampai di Tangkuban Perahu ni apa lagi camwhoring session adalah penting. Kitorang berlari sana sini untuk dapatkan view cantik. Memang best dan sangat puas hati! Seronok tak terkata. ;))


cantik kan?

Wajib bergambar di signage ni! Kena pandai cari peluang sebab semua pun nak bergambar kat sini. HAHA

ni supir kitorang, Mas Hendro. Imut aje die ni. HEHE

 cantiknyeeee!

 lagi dan lagi!!

 Group Photo memang banyak giler! i like!!


Selepas gila bergambar di Tangkuban Perahu kami pun pergi ke Rumah Mode. Sejak pertama kali ke Bandung setiap kali nampak signage Rumah Mode, semua jerit cam excited giler. Sebab perjalanan ke hotel memang lalu Rumah Mode. So this is the time! Yelah berdasarkan cerita kawan-kawan dan blogwalking semua kata Rumah Mode best. jadi haruslah kami excited bukan? Cuma mungkin kami ni species lain agaknya. Bila sampai Rumah Mode kami tak excited pun. Rasa biasa je Rumah Mode dengan FO yang lain. Cuma decoration memang tip top! Aku pun hairan. Kenapa orang suka Rumah Mode? Selection banyak lagi The Summit. Price range pun takdela murah sangat. Aku round dalam 15 minit je kat sini. Rembat la 2 helai tops. Sebab nak dapatkan paper bag Rumah Mode aje. HAHA. Lepas tu apa lagi bergambar sakan di luar. wakakaka ;p

 aksi kami di Rumah Mode ;)

Angklung

Ni part yang best. Paling happening! sementara tunggu pertunjukan angklung ni start kami lepak depan mushola dulu. duhhh ada la sorang cowok ganteng! HAHA. okay jadi kami ni kan ramai yang single maka haruslah tergedik-gedik bila nampak cowok ganteng. muaahahaha ;p puaslah kami cuba tangkap gambar die tapi hampa. die pun macam dah tau. HAHA. okay mission failed. tapi dapat tau cowok itu dari Singapore. :))


weeheee ;p

then bila masuk tu dapat la air free. yang dalam botol tu. aku pilih fruit tea. sedap! pada aku semua pun sedap la. HAHA. show started jam setengah 4. ada la kawan aku ni, bila kata setengah 4 die mati-mati ingat 4.30pm. padahal 3.30 okay. best tengok angklung ni sebab yang buat show semua budak-budak. comel-comel belaka dan penuh semangat! masa ni ramai penonton dari Holland yang datang. Group dari Malaysia hanya kami 9 orang. ada wayang kulit which aku tak faham sangat sebab bahasa indo nya sangat pekat! macam-macam show la tapi part yang paling best bila berpeluang main angklung! diorang bagi angklung pada semua penonton. di setiap angklung tu ada no 1-7. aku punya no 5. setiap no mengeluarkan bunyi yang berbeza. it's not easy to play angklung especially for beginner. habis tangan sakit dan lenguh. HEHE. tapi teruja sebab kitorang main angklung lagu HEAL THE WORLD, YOU RAISE ME UP dan banyak lagi! tapi aku tak sempat rakam. sob sob. kalau tak boleh tunjuk skill kitorang main angklung! ;))

us with our angklung no 5. excited dapat main angklung!

Last sekali acara menari beramai-ramai. budak-budak yang buat show ni akan pilih siapa yang diorang nak menari bersama. kawan aku yang terpilih adalah suraya (yang lawa pakai tudung purple dalam gambar di atas) dan azie (yang comel pakai kemeja putih + tudung hitam). giler happening macam joget lambak pun ye! best bangat dong!! ada satu tu budak nye kemetot je die pergi pilih orang putih yang tinggi cam galah. so memang kelakar tengok dorang menari bersama... HAHA.

okay tu aje untuk part 2 ni. more to come! ;))

nota kaki : nanti bila kat rumah aku upload video angklung tu ;)

Tahniah Rina Salleh!

2 thought(s)
Salam

Stop kejap pasal Bandung ya? hehe ;p Nak jugak aku buat entry khas untuk Rina Salleh Juara Gadis Melayu musim ke-3. HAHA. Walaupun lambat. ye lah aku pun baru tau die menang masa sampai ke Malaysia tempoh hari. Berita kemenangan beliau tak sampai ke Bandung. LOL.
Frankly speaking, aku memang dah agak Rina ada chance untuk menang sejak dari mula lagi. Bagi aku die seorang yang mempunyai kualiti sebagai gadis melayu, cantik,sopan,confident, ada charisma dan lain-lain. So she desereved it! Cuma aku belum berkesempatan nak tengok semula final Gadis Melayu 3 ni. 

Aku kenal Rina sejak dari awal aku bukak akaun fb aku (early 2008). Then terus la ke dunia blog. Rina ni menulis pun pandai. Tapi blog lama dia dah takde. Now tengah tunggu die aktifkan blog baru die pulak. Sekarang ni kitorang keep in touch melalui twitter sahaja. Met her once masa pelancaran RinaSalleh.com.

ni je gambar yang ada dengan Rina Salleh.

So Rina, congratulations girl! You made it!! Alhamdulillah... Wish you all the best in your future undertaking.

nota kaki : seronok tengok kawan-kawan berjaya... ;)

Wednesday, November 3, 2010

I love bandung part 1

6 thought(s)
salam..
hye readers! i'm back. seperti yang kamu semua tau, aku dan kawan-kawan telah pergi bercuti ke Bandung pada 29 Okt hingga 2 Nov yang lepas. Alhamdulillah everything went on well ;)


Sebenarnya pada hari tersebut aku hampir-hampir tak jadi pergi. Siapa yang follow aku di twitter mesti perasan betapa gelabahnya aku time tu. Macam orang meroyan dah. But luckily dah buat web check in siap-siap. Thank you Allah. ;))


well let me start with the cost 1st. Flight Ticket RM171 (airasia), hotel n transportation RM200. So total cost is RM371. murah kan? Duit belanja pula aku bawa dalam 5 juta rupiah. itu pun ada lebih lagi dalam 450,000 rupiah. Tak sempat nak shopping and at the same time put aside some amount for excess luggage and airport tax.


We departed around 8.30 pm (local time). The journey took 2 hours to Bandung. Dalam flight semua excited giler okay! HAHA. Well one advantage of fly at night is, we can see the panaromic view of Bandung! sangat cantik dengan lampu sana sini. But too bad I didn't get a chance to snap even one photo at that time due to my telinga sakit akibat perbezaan tekanan udara. ;(




okay once arrived, our supir aka tourist guide, Mas Reza & Mas Hendro udah menunggu. Oh ya kami naik dua kenderaan memandangkan kami ada 9 orang (7 perempuan + 2 lelaki). Terus pergi ke Gampoeng Aceh untuk dinner. FYI, karyawan di sini ramai yang ganteng-ganteng! HAHA. Aku mau order Jus Alpukat tapi udah habis. Makan pulak aku just order Cane Keju. Not bad. Boleh la masuk tekak Melayu kitorang ni ;))


ni la cane keju or in malay roti canai keju 


Sesudah makan terus la ke hotel. Kami booked 4 connected room di Hotel Abadi Asri. Hotel tu cantik okay!
cuma agak jauh dari town tapi it's not a big deal sebab kami kan ada supir? Hehe ;p Btw our supir juga telah belikan kami Sim Card Indonesia. Kami guna line XL. Sim Card harga 10,000 rupiah dengan dalam ada 2,000 kredit. Kena la beli pulsa berharga 25,000 rupiah. Let me share with you, guna roaming di luar negara adalah sangat rugi! why i said so? Simply beacause, tengok ye sepanjang kat sana aku call Malaysia dalam 7 kali. Ada sekali tu aku borak dengan best friend agak lama. Siap kawan aku pun pinjam untuk call mak dia. Tapi until now ada balance 3,000. 1 sms pula hanya 500 rupiah. You do the maths, RM1 = 2,800 rupiah. Kalau roaming, 1 sms RM2. Kalau call tak kira lah call in or out we have to pay! So why pay more??




Pukul 5.30 am (local time) kami udah bangun. Excited kan? HAHA. Takdela kena la bangun untuk solat subuh! huhu. Padahal hari ni janji dengan supir mau shopping pukul 9.00 am (local time). So ade 4 jam lagi. Apa yang kami buat? Camwhoring session la! HAHA. pagi tu aje dalam 200 keping gambar berjaya di snap! FYI dalam group ni ade 2 camera DSLR dan 3 Camera compact. Breakfast di hotel, sangat enak. nyum nyum ;)) 


PASAR BARU
Kami singgah di kedai yang buat coat & blazer sebab sorang kawan ni nak buat coat. Price dalam RM250 siap hantar ke hotel. Murah kan? Then we straight off to Pasar Baru!Semua orang jadi gila bila sampai kat sini. Pasar Baru menawarkan tempat untuk shopping telekung, beg tangan, baju kebaya sulam, baju kerja dll lagi. Kalau tak beringat-ingat, mahu habis suma rupiah kat sini je. Nak tau betapa murah? Sorang kawan aku ni beli kain lace dan lining untuk baju tunang + nikah untuk dia dan kain baju melayu untuk boyfriend, total lost dalam RM300. Mana nak cari kat Malaysia harga sebegitu?? u tell me! Kain lace tu memang cantik! arghhh aku jelous. Rasa nak beli sekali! tapi nak tunang dengan siapa? tettttt!! HAHA. yang penting kami memang tak puas pergi pasar baru!! nak pergi lagi!! huhu. aku habis almost 2 juta kat pasar baru! hehe ;p





muka da penat gila masa ni!

Lunch agak lambat. Giler bershopping la katakan. HAHA. Kami lunch di restaurant makanan Padang. okay kedai makanan padang ni jenis hidang bermacam-macam jenis lauk. duduk je diorang terus serve sampai 20 jenis lauk rasanya. So kalau tak nak jangan sentuh, kurang sikit harga. Once touch, consider sold! Disebabkan kitorang dah tau so banyak la yang kitorang tak sentuh. heee ;p 




yg kat belakang angkat tangan tu Mas Hendro


then off to ke Toko tiga (shooping jeans Levis original pada harga murah). tapi aku dan beberapa rakan yang lain macam hilang semangat mau shopping di sini? Kenapa ntah? Maka nya kami hanya bercamwhore sahaja. HAHA. Kemudian ke Summit. Not bad. Sempat lah aku bershopping kat sini sikit. I like summit. Heritage pun best gak. disebabkan aku berbelanja more than 300,00 rupiah di sini maka dapat coffee free di winkel cafe. tu yang sempat online sekejap fb. HAHA Sementara tunggu yang lain shopping, cam biasa lah kitorang terus dengan aktiviti bergambar!





okay lah aku rasa enough la untuk part one kan? later aku sambung part 2 pulak. tunggu!!


nota kaki : Jika ke Bandung, jangan terperanjat dengan keadaan lalulintasnya yang berserabut. Tiba-tiba ada kereta melintas atau buat U-Turn tengah-tengah jalan. Lampu merah pun jalan, hijau tentu-tentu jalan. Ruang jalan kecik pun boleh mencelah-celah lagi. Namun, yang mengagumkan aku ialah orang kat sini sikit pun tak marah-marah. Rileks aje, macam takde pape berlaku. Tidak hon, tidak maki-maki dan jauh sekali nak kuar kete bawa stering lock nak pukul orang. Toleransi sangat tinggi. I like!!

Tuesday, November 2, 2010

Hati ku tertinggal di bandung!

2 thought(s)
salam

sepatutnya aku update pasal bandung. tapi mood ku tertinggal di bandung sudah. hehe ;p so cam malas mau buat apa-apa. esok nak kerja pun malas sangat! sekarang ni dok tengok balik gambar-gambar di bandung aja. hebat betul penangan bandung! nantilah ku update juga ya? cuma akan ku upload jua 2-3 keping gambar di bandung untuk tatapan kalian ;)

 ini tangkuban perahu

 kami juga berpeluang nonton angklung. happening!

 ni kawah putih. the journey took 2 hours from town. sangat cantik!

dan sebelum pulang kami juga berpeluang ke spa untuk foot massage!

nota kaki : nanti habis semua gambar sudah di upload/transfer, aku update in detail ya? sekarang pun cakap masih mau pelat-pelat indo. HAHA

Monday, November 1, 2010

Hihi Byebye

1 thought(s)


Goodbye October! 
Hope to see you in 2011...

&&

Welcome November!

The most awaited month!


Nota kaki : this is scheduled entry. TQ

c l i c k

 

.eat.laugh.share. Design by Insight © 2009