Monday, November 22, 2010

Cerita hari raya

Salam

Jumaat yang lepas kami sekeluarga ada buat korban. korban kali ni buat di rumah pak ngah di Tanjung Medan, Selangor. Maklumlah aku kan dah takde kampung (rumah arwah opah dah takde orang duduk. sob sob). So paling sesuai buat di rumah pak ngah sebab suasana kampung dan kawasan yang luas. senang buat kenduri. HEHE.

okay ni kali pertama (seingat aku sejak aku dah besar) kami sekeluarga buat korban dan kenduri sendiri. Korban ni atas nama aku 6 adik beradik dan seorang lagi makcik ku. Disebabkan korban atas namaku jadi sunat untuk kami 6 beradik tengok sewaktu lembu tu disembelih. Sorry ye aku baru tau. Ke aku baru ingat? Sure masa sek dulu ada belajar kan?  HEHE.

So pagi jumaat tu dengan tak mandi dan ngantuk (malam sebelum tu kitorang tidur pukul 4pagi. sesi berborak sesama ahli keluarga. ngee~) aku pun dengan penuh semangat pergi tengok aktiviti penyembelihan itu. Mula-mula kesian kat lembu tu. Boleh pulak die buat muka kesian sebelum kena sembelih tu. adehhh T__T. tapi bila fikir balik, sebaik sahaja disembelih lembu tu terus ke syurga, jadi kurang sikit rasa kesian tu. Baik kesian kat diri sendiri yang belum tentu ke syurga ni kan? sob sob.

jom tengok.. inilah dia bakal tunggangan ku di padang masyar nanti. InsyaAllah sekiranya cukup amal ibadat.

* aku nak tangkap dekat lagi, tapi die tenung aku semacam. takut duhhh. HAHA *


*saat-saat disembelih..*

InsyaAllah nanti satu hari aku buat korban guna duitku sendiri. Amin :)


korban ni sunat kifayah tau

Ibadat korban adalah salah satu ibadat yang terpenting semasa umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, disamping itu ia juga merupakan satu bentuk sedekah yang afdhal. Ibadat ini merupakan ‘millat nabi Ibrahim’ dan seterusnya menjadi ‘Sunat Kifayah’ untuk sesebuah keluarga Islam. Ini bermakna sekiranya seorang individu dari sebuah keluarga mengerjakan ibadat ini, maka ahli lain dalam keluarga tersebut terlepas dari sunat ini. Walaubagaimanpun, hanya orang yang mengerjakan ibadat ini akan mendapat pahala sunat tersebut dari ‘Allah’ s.w.t.
Seperti mengerjakan ibadat ‘fardu’ dan ‘sunat’ yang lain, “niat” merupakan syarat yang sah dan dimestikan untuk mengerjakan ibadat korban ini. Niat merupakan yang ikhlas hendaklah dibuat semasa memberi duit untuk melakukan korban atau pun semasa penyembelihan korban tersebut dilakukan.
Sebagai tanda korban kita dihendaki menyembelih haiwan ternakkan yang boleh dimakan (Halal). Korban dilakukan dalam bentuk dangingnya yang boleh dimakan dan nyawa haiwan tersebut yang dikorbankan merupakan pengorbanan kepada ‘Allah’ s.w.t. Upacara korban juga dihendaki dilakukan secara gotong-royong bersama ahli Masjid / Surau, jiran sekampung (masyarakat Islam sekeliling) atau pun bersama sanak-saudara secara beramai. sumber dari SINI

nota kaki : Kali pertama seingat aku, hari raya aidiladha aku meriah sebegini.. biasanya duduk rumah je. heee ;p bagaimana raya kalian semua?

2 thought(s):

A.I said...

scarynyaa tengok gambar lembu terkopek kulit tuhhh...
tak penah tgok real lagik asyik tgok gambar jep! sob-sob..

n a d e a said...

aisha
scary ke? hehe ;p
kita pun baru 1st time tgk live... ;)

Free counters!

c l i c k

 

.eat.laugh.share. Design by Insight © 2009