Saturday, December 25, 2010

Bersabar lah wahai manusia.

Salam...

okay aku just nak story yang aku kadang-kadang nyampah betul dengan pemandu kat KL ni. Bukan semua tapi yang jenis tak sabar. Contoh minggu lepas masa tu dah nak sampai rumah dah... confident la aku ni nak pecut kan. Sebab jalan smooth giler dari office, sungai besi dan kat MRR2.  Pastu bile just nak masuk selekoh ke area rumah aku, ada la satu kereta ni (not sure kereta apa sebab aku sakit hati!) aku mati-mati ingat die nak belok kanan (ke area rumah aku) sebab lane yang paling kanan ni memang panjang giler. Dah la tu sampai double lane lagi.  Punya lah  kereta depan aku ni laju. Wah aku pun suka sambil menyanyi-nyayi riang... tiba-tiba, die boleh stop kat depan just before the trafiic light! wtf ! Rupanya die nak ke kanan ! demmmmmmm. bayang kan yer, masa tu lane sebelah kanan dah jadi double , tup tup kereta die leh la nak celah gitu, so jadi triple! dan aku yang nak ke kiri ni tersangkut, sebab kereta die sorang?? I was like??? Die ni tak fikir ke??

kenapa perlu tak sabar macam tu sekali? kenapa selfish sangat ni?? dah la bukit. Nasib baik auto. kalau manual mau mati-mati enjin plak aku. Tak pasal-pasal semua kereta lain belakang aku kena stop. Dah la traffic light lama! aaaahhhh aku tak suka orang yang camni... ingatlah sikit jalan tu kita kongsi yer. jadi haruslah beralah... semua orang nak sampai cepat tapi jangan lah sampai susah kan orang lain! tu pun nasib baik jarak kereta aku dengan die jauh. kalau dekat dan aku tak sempat nak brake camne? sengal! Well ni bukan kali pertama.. tapi sebelum ni aku still boleh lalu kat sebelah tu sebab kereta aku kan kecik je... HEHE.

tak psal-pasal aku membebel panjang. angin je aku... pastu dengan muka marah aku selamba je snap pic kereta die. aku rasa die perasan. peduli apa aku. tu pun aku malas nak hon. nah tgk gambar ni... plat nombor terpaksa ditutup atas dasar kemanusiaan. HAHA

*kereta anda kah itu? hehe *

nota kaki : aku memang tak guna hon walau camne marah or terkejut. sebab bila nak tekan hon, takde bunyi pun. mungkin sebab lembut sangat kot. HAHA

3 thought(s):

efa fairuz said...

adoiiiiii ni la buat jalan tu macam dia sorang je yang punya..sabo jela.. nasib sempat break..

sy plak paling bengang kalo org dok lane kanan, bawak kete slow cam bersiar siar.. hellow, nak bersiar siar dok kiri boleh? ni susahkan orang nak celah celah nak potong kete die tu.. huhu

N a d i a said...

Sah!




Sah, bukan kete saye. Hehe..


tapi memang sakit hati kot, sebab dia seorang yang lain terpaksa mengalah.. tidak 1Malaysia sungguh.

n a d e a said...

efa
; kan??? dorg ni kadang-kadang tak fikir pasal orang lain... ingat jalan tu die punya sorang ke apa... geram btol!

knot
; ha nasib bukan kete knot! HEHE.
mmg sakit hati... nasib baik masa tu takde rasa nak ke toilet. kalau tak cmne?? HAHA

c l i c k

 

.eat.laugh.share. Design by Insight © 2009