Thursday, December 23, 2010

Aku dulu tak dapat pun 8A

Salam

Apa punya tajuk daaa?? LOL....

Wah 30 000 lebih pelajar dapat straight A's dalam PMR tahun ni. Terbaik dalam 4 tahun !! Congratulations to all of them ! Hebat betul. Ye lah aku dulu tak dapat pun 8A. Adik-adik aku pun takda yang dapat score camtu. Keluarga ku bukan lah pintar sebegitu. Hebat budak-budak zaman sekarang!

Sekarang ni memang ramai yang bijak,pandai kan? Ye lah sekarang belajar senang. Tution memang banyak, then internet lagi. Sebab tu la ramai yang score. Cuma bila ramai yang dapat result 8A tu saingan semakin sengit. Susah sikit la kot kalau nak masuk boarding school ke, MRSM ke kan? Bagi aku sekolah mana pun yang penting usaha diri sendiri. Tak semestinya tak masuk boarding school tak boleh berjaya kan? Cuma kalau dapat masuk tu advantage la. Ye lah berkawan dengan orang pandai-pandai ni InsyaAllah dapat lah tempias kan? HEHE ;p

Cuma harap-harap semua yang dapat 8A tu dapat score SPM nanti. PMR tu nak minta kerja pun tak lepas tau adik-adik. Tapi SPM sampai bila-bila guna! Even dalam resume pun certain company nak tengok SPM! Fuh. Tu pasal aku malu nak tunjuk resume (siapa yang suruh tunjuk pun??) sebab SPM pun cukup-cukup makan. HAHA. Aku tak pernah lagi cemerlang dari segi akademik sebab aku ni bukan pandai dan malas pulak tu. LOL

Pada yang tak dapat 8A tu jangan lah sedih sangat. It's normal la. Ramai lagi kot yang tak dapat 8A kan? HAHA apa punya kata semangat daa~ My point is, you guys still have time. SPM ada lagi kan? Tapi ingat kalau dah berusaha tu tapi tak dapat juga, maybe itu bukan rezeki. Allah ada rancangan lain untuk kita. Redha je okay? Yang tak lulusPMR & SPM pun ramai je yang berjaya. NEVER EVER GIVE UP !!

nota kaki : Alhamdulillah masa zaman uni dulu aku agak rajin sikit dan berjaya genggam Ijazah, second class upper lagi... tapi tu lah kalau rajin banyak mesti lagi hebat CGPA aku. HAHA. 

4 thought(s):

afifaa. said...

singgah :)

mantap budak2 zaman sekarang. huu.

soalan senang atau budak2 yang semakin bijak?

n a d e a said...

thank you sudi singgah n tinggal jejak ;)

tu la kan mantap2 belaka. yes, there is a possibility that soalan makin senang! HEHE

K.I.N.A said...

hehe..sama la..kina dpt 7A..btw..tq sbb nak exchange link..kina dah link dekat blog list blogger friends..keep in touch..

n a d e a said...

wahhhhh kina dpt 7A? tu pun consider hebat jugak !!

c l i c k

 

.eat.laugh.share. Design by Insight © 2009