Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Raikan Cinta Hafiz & Hafiza

2 thought(s)
Assalammualaikum...

Akhirnya ku update jua entry ni khas buat pengantin baru Hafiz & Hafiza a.k.a my roomate di office. Congrats Fiza ! The reason of delay is, tunggu gambar dari kawan-kawan. Gambar dari hp aku tak cantik. sobsss. So here we go.

Story based on pictures je la ya? HAHAHA.
Pemalas ~!

Majlis Resepsi di Marang, Terengganu pada 2 Jun yang lepas...

Corner

Apam polkadot & Angry bird ! Comelnesss

So sweet. Tak sangka budak dua orang ni dah jadi suami isteri. HEHEHE

Makan beradab. Sweet kan combination color ni? Aku rasa color ni memang tengah IN sekarang.


Pelamin ni sangat cantik n sweet ~! Kencing manis aku tengok sebab sweet sangat. Okay over. HAHAHAH

Jom view dari OP diorang... Aku save pic dari fb. HEHE
Cantik kan??? Haaa nak kahwin sekarang... cepat siapa nak masuk minang aku? HAHAHAHA
Picture credit to nuzultaufiqart

Suka bunga camni....

Hantaran dari Hafiza kepada Hafiz

Hantaran daripada Hafiz kepada Hafiza

Close up sikit.. Hantaram jam dari suami kepada isteri. Auuwww ;)

kata pengantin kek ni cair sebab petang baru nak potong.. Alahai sayang je..

Jom tengok pengantin pulak
Ni dia Puan Hafiza kita... Cantik warna baju ni. I like ~! Congratss dear.. Okay now aku je yang masih single n available dalam bilik tu *promote*
Me & bride.
Us with the bride. sepatutnya gambar ni aksi bebas. Tapi tengok aku control cun. HAHAHA.


Okay nak promote.. semua dalam gambar di atas adalah single n available ya. Pilih-pilih. Wakakakak ;p

Last pic before went back. Nak jugak gambar berdiri sebab nak nampak baju pengantin itu. HEHEHEH

Begitulah alkisahnya majlis resepsi Hafiz & Hafiza.

To the newly weds
We wish you both long life in consent
whatever happens, try not to break.
No matter sometimes how hard it seems,
You don't give up and follow your dreams.

Together is always easier to fight,
Never forget that and stay unite,
You know that happiness in everywhere:
in dreams, in flowers, in music, and air.

So find it together and share your joy,
Find your own way life to enjoy
Since now stay together, our dear groom and bride,
Be happy, be joyful side by side.


Barakalah~


Nota kaki : Saje update kat sini jugak... HEHE



Thursday, March 1, 2012

Rina Salleh's Wedding Reception

0 thought(s)
Assalammualaikum...

Pada 25 Feb 2012 yg lepas aku pergi ke majlis resepsi Rina Salleh ( Juara Gadis Melayu 3). Tak sangka sebenarnya yang Rina sudi invite aku ke majlis beliau. Heee ;) thanks Rina for inviting ! So yeahhh dah dijemput haruslah datang. My 4th time attending virtual friend's wedding ;)

The invitation card - Simple yet sweet :)

Majlis Resepsi ni diadakan dekat Kampung Budaya, Taman Botani Negara or formely known as Bukit Cerakah. Uniknya nak masuk ke Kampung Budaya tu kita kena naik tram ye kawan-kawan.. Jauh dalam 1.4km kot nak ke dalam... 

Garden Wedding ! Cantik kan.. Suka sangat theme ni...

Berseri-seri pengantin ;)
Cantik baju Rina.. I like ! Aaah aku semua benda pasal wedding aku suka. HAHAHA

Tak lama lepas potong kek tu, hujan turun dengan lebatnya.. Alhamdulillah hujan berkat...

Snapshot sewaktu hujan..

Guestbook corner pun cute ! ishhh semua la cute kat sini. HEHE

Kat wedding ni ramai gila muslimah yang cun dan famous ! Serious aku dok melilau mata terpegun tengok tetamu yang datang.. Ada Ika Radiusite, Nadia Bayu, Scha Anggun Zara, Eyqa SugarScarf, Fatin Liyana, Cik Epal, Ain Salam (cantik gila ~!!!) dan ramai lagi... Tapi aku tengok dari jauh je. HAHA. Sebab dah nak balik pun. Segan pun ye nak tegur maklumlah ramai yang kita je kenal orang. Orang tak kenal kita. HEHE. Tapi mana yang aktif Instagram tu kenal la. Rugi pulak rasa. Sobsss T__T

 
Si cantik mata bulat ni pun ada ! Comel gilar.. kecik je... Busy Heliza sebab semua nak bergambar dengan dia.. Heee. Excuse mataku yang nak tertutup tu ye.

Dalam ramai-ramai yang cun tu aku sempat bergambar dengan pengapit ni je.. Cice Uyun yang cun ! Malu rasanya dok sebelah orang cun.. HEHHE

Miss Izah & Me
Thank you yang sebab temankan I pergi wedding ni..


All in all wedding ni sangat sweet, meriah dan penuh dengan muslimah.. Ye muslimah. mostly semua bertudung tapi fashionista... 
Gambar dengan pengantin ada. tapi guna OP je. Guna hp tak sempat maklumlah ramai kot yang nak gambar dengan pengantin kan...

To Rina & Afiq,
Selamat Pengantin Baru.. Barakallah.. Semoga perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.. 

Nota kaki :  penuh dengan entry wedding je sekarang ni.. heeee ;p

Tuesday, December 27, 2011

Day 1 : Trip To JB & Universal Studios Singapore

0 thought(s)
Assalammualaikum..

Finally ! Berjaya jugak update. What took me so long to update is I have to transfer all piccies from lappy to my hp. Sebab nak watermark semua photos. Bajet ada orang nak save photo aku la kan. HAHAHA..

Okay so this entry basiclly will touch about my road trip to JB & USS (Day 1) last few weeks. We all stay JB so masuk Singapore only on second day je. Kata bajet trip kan. HEHE

Fyi, I've never been to JB. So aku kinda excited to be there. Trip kali ni pergi berempat sahaja berbanding trip ke Bandung last year, 9 orang. 5 orang lagi tu masing-masing dah ada family.,commitment, hal lain. Jadi kami berempat yang takde strings attached ni la yang boleh berjimba ke USS ! 
We start the journey from Putrajaya around 9.30am and safely arrived at the hotel at 2.00pm.

So this is the view of the hotel from outside. Tak susah nak cari hotel ni since once masuk Skudai je dah jumpa signboard. Easy peasy ! Somemore the hotel color sangat membantu. We can spot it from far..


And this is how the room looks like. Sorry I forgot to snap the piccies. Ni je yang sempat. For  budget trip like this, I would say this room is comfortable and affordable ! Yang penting cermin sangat besar !! Sesuai untuk camwhore. HEHE.


Well as all of you aware, that tune hotel only provide basic facilities for their hotel. So if you plan to book air-condition, it's better for you to just check in using foursquare (for the 1st check-in only). Yes you heard me. It's for free.. actually untuk 12 hours je tapi sampai last day kitorang boleh guna air-cond tu. hehe


Okay after that we went to Sekinchan Ikan Bakar to have our lunch. Sorry once again. Gambar makanan masa sampai lupa snap lagi. Maklumlah kami semua kebulur. HEHE..We ordered Ikan siakap. Price per person dalam RM24. Not bad. Affordable. Not to mention quite tasty.

After dah recharge our energy we headed to Merlin Tower to get our USS and bus tickets ! Oh sebenarnya waktu book hotel you can book bus to USS direct from tune hotel. Tapi kawan aku terlupa nak book. Somemore to buy tickets for USS you have to pay via Credit card. Since kami ni semua bukan credit card owner so we opt to have a travel agent to do it for us. Hassle-free ! It's a packge of RM200 for USS & bus tickets altogether.

Then kami pun pergi ke City Square JB. Nak tukar SGD and I want to buy a new sunglasses since mine was left in my car. Beli yang murah saja. Then jalan-jalan sikit.

View of Woodlands Checkpoint from far.

Selesai jalan semua pulang ke Danga Bay dan lepak kat sana untuk dinner. We missed the chance for tour to Pantai Lido. Masa tu sibuk camwhore. Tak perasan pun ada tour tu. Rugi sangat ! urghhh -_- Btw now feast your eyes with some of the photos we manage to snap !


Sunset ! SubhanAllah. It was beautiful :)





Disebabkan frust tak dapat join the tour kami pun membawa diri pergi dinner di Danga Beach. Masa tu ada funfair. So agak meriah la... Dinner di salah sebuah kedai di situ. Tak ingat kedai apa. Masing-masing agak kenyang so just order light dinner. Kerang bakar & tauhu bakar.


Tauhu bakar nye sangt sedap. Hen haoci kalau dalam mandarin ! Superb. Aku sampai sekarang teringat. How I wish its just a few minutes to go there. Boleh hari-hari makan tauhu bakar tu. Well kerang bakar pun sedap jugak ! Memang licin malam tu makan. HEHE..

Last but not least gambar yours truly masa dekat funfair.


So berakhir la hari pertama di JB. Wish to have more time to explore JB. Time constraint. So entry day 2 akan bersambung dengan experience ke USS, day 3 ke Johor Premium outlet. Stay tune !

Notakaki : I love JB. eh tetibe ;)

Wednesday, December 22, 2010

Bertunang Akhirnya !

12 thought(s)
 *gambar ihsan Google*
Salam

Today is 22 Dec.. 4 days to go. Alhamdulillah akhirnya bertunang juga.. Lama sungguh tunggu saat-saat ini... Semoga sampai ke jinjang pelamin. Maklumlah waktu bertunang ni lah dugaan macam-macam kan? Bila fikir balik macam takut. But on second thought, that's life. Mana ada hidup tanpa dugaan dan cabaran kan? Apa pun aku harap majlis berjalan dengan lancar lah nanti. Walaupun tak ramai yang dijemput tapi tetap meriah hendaknya. Amin.... ;))

Tapi....

Ni bukan majlis aku tau. HEHE. ada yang ingat majlis aku ke? Takkan la takde ribut apa aku tunang pulak. NO no no. Ni majlis tunang kawan ku... Siapa? Nama kena rahsia sebab beliau tak nak heboh-heboh. Kawan-kawan rapat je tau (aku termasuk lah tu). Memang ni yang ditunggu-tunggu oleh kami berlima. Nama geng pun 5 setinggi. HAHA. Akhirnya bertunang jugak kau beb! I'm happy for you.. Doakan adik-adik mu yang lagi bertiga ni bakal ikut jejak langkah kau ok... heeee ;p


nota kaki : saja tajuk bikin gempak. SORRY noooo... ^_^

Thursday, November 4, 2010

Tahniah Rina Salleh!

2 thought(s)
Salam

Stop kejap pasal Bandung ya? hehe ;p Nak jugak aku buat entry khas untuk Rina Salleh Juara Gadis Melayu musim ke-3. HAHA. Walaupun lambat. ye lah aku pun baru tau die menang masa sampai ke Malaysia tempoh hari. Berita kemenangan beliau tak sampai ke Bandung. LOL.
Frankly speaking, aku memang dah agak Rina ada chance untuk menang sejak dari mula lagi. Bagi aku die seorang yang mempunyai kualiti sebagai gadis melayu, cantik,sopan,confident, ada charisma dan lain-lain. So she desereved it! Cuma aku belum berkesempatan nak tengok semula final Gadis Melayu 3 ni. 

Aku kenal Rina sejak dari awal aku bukak akaun fb aku (early 2008). Then terus la ke dunia blog. Rina ni menulis pun pandai. Tapi blog lama dia dah takde. Now tengah tunggu die aktifkan blog baru die pulak. Sekarang ni kitorang keep in touch melalui twitter sahaja. Met her once masa pelancaran RinaSalleh.com.

ni je gambar yang ada dengan Rina Salleh.

So Rina, congratulations girl! You made it!! Alhamdulillah... Wish you all the best in your future undertaking.

nota kaki : seronok tengok kawan-kawan berjaya... ;)

Wednesday, October 27, 2010

we're falling apart

2 thought(s)


A friend is someone we can count on, as well as being so much more. A friend is someone with whom we can relax and just hang out, have fun and share our innermost thoughts, deep dark secrets, lofty and noble goals, or our hopes, joys, and fears. 

A  friend allows you a safe space to share your deepest thoughts and needs without worry of being judged, criticized or made to feel silly for feeling the way you do. Friends cheer each other on, laugh and cry together, and just plain commiserate and listen to each other. 


So Dear,
I can tell that we're falling apart.
I just have that feeling. Am I right? Or it's just me being paranoid after withdrew from that classes?
I don't know. Only you have the answer. (T__T)
The truth is I miss our good old days.
Anyways I just hope our friendship won't lose it's spark and never fade away. 

nota kaki : Appreciate what you have before it's too late~

Monday, October 11, 2010

it's just around the corner

0 thought(s)
salam!

InsyaAllah by end of this month i'll be off to somewhere for a short vaccay with friends! this is my 1st time bercuti dengan kawan-kawan jauh-jauh! oh yeah. luar Malaysia. tapi tak lah jauh mana. bukan europe pun. but still i am super excited! gotta enjoy to the fullest and shopping till drop! ^_^ siapa tau sila teka. nanti aku bagi cenderahati. HAHA. and today the 1st step is done. so now am just counting the days.. phewwww ;)

comel tak gambar tu? heee ;p

nota kaki : boss awal-awal dah pesan suruh beli ape. erk! cam banyak je pesanan dari orang lain nih! hehe

Saturday, October 2, 2010

Raikan cinta aliaa & nizam

2 thought(s)
Salam....

alhamdulillah tadi sampai juga ku ke jengka dengan  izah menghadiri majlis resepsi aliaa farhana lokman !

by the way ni ucapan untuk yaya..

yaya dearie, selamat pengantin baru! semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia, dirahmati Allah dan dikurniakan baby-baby yang comel belaka! ;))

majlis resepsi nya sangat cantik. seriously. i adore the theme ; grey + pink. kebetulan pula my wrapping paper warna seakan-akan tema majlis! baru ingat nak buat theme ni untuk majlis aku. (tapi ntah bila la kan. hehe ) and the bride sangat jelita, gorgoeus dan segala lah.. the dress pun cantik. makanan pun sedap. rumah pun cantik. even curtain pun ikut warna tema. memang la jatuh cinta tengok. arghh rasa macam nak kahwin terus! cuma tak dapat stay lama sebab nak balik KL. so apa kata biar gambar yang berkata-kata?

*so sweet*

*secocok & sepadan*

*c a n t i k*

*si comot dgn pengantin c a n t i k *

*berangan semoga turn kami selepas ini. HAHA*

besar harapan nak jumpa rakan-rakan lain. tapi tak nampak. maybe aku awal sangat kot? takpe la. ni pun 1st time aku jumpa yaya. finally. more piccies di fb okay. sekian.

nota kaki : thank you yunk for drove me there. kalau i sorang memang tak sampai la. heee ;p

Monday, September 27, 2010

17 syawal 1431H

3 thought(s)

jemputan itu sunat. memenuhi jemputan itu wajib selagi tiada maksiat.


salam..

17 syawal 1431H mama buat open house di rumahku. alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun hujan. ramai tetamu yang datang especially relatives + kawan-kawan mama. kawan-kawan aku? well the same faces gathered again. cuma kali tambah  ni tambah kawan-kawan dari office. overall aku happy sebab kawan-kawan baik aku ramai datang. tapi dalam pada yang sama aku terkilan disebabkan beberapa orang yang tak datang. sebab?

  1. ada beberapa kawan yang aku memang tiap-tiap tahun jemput (mak aku buat open house tiap-tiap tahun) tapi tak pernah datang!!! aku kecewa. kesimpulan nya semenjak aku duduk rumah ni, tak pernah pun dtg! :(( dah la tu diam seribu bahasa. takdela say sorry or bagi excuse ke. aku memang kecik hati. enough said.
  2. group ke-2 yang aku terkilan bila lansung takde respon then tak datang. tapi yang ni maybe acceptable laa.. tapi ntah still kecik hati tapi yang no 1 lagi hebat. hehe ;p
well maybe aku ada salah jugak sebab ramai yang lupa. aku invite via fb je kali ni. memang tak ramai aku jemput sbb limited. lepas tu aku lupa nak remind guna SMS. certain people sms ni masih relevant. aku pulak more to fb. sms pun tak tengok sangat. hehe ;p

to those yang lupa dan yang tak dpt dtg sbb ada hal or whatever, its ok., apologize accepted.
to those yang tak pernah dtg, what more i can say? nothing. i had enough and this would be the last one. sebab mak aku kata lepas ni tak buat dah. kami 1 keluarga pun akan berpindah. insyaAllah hujung tahun ni. 

kepada yang datang, AKU SAYANG KORANG SEMUA BANYAK-BANYAK!!!!
seriously memang syg. u guys made my day!

to lin + husband, thank u so much! korang memang sporting.. datang then lepak lama2. best!
to my beautiful girlfriends, u guys mmg terbaik. aku syg korg! sorry can't join 1hb punye outing. ;(
to ema + jep, tenkiuuuuuuuuuuuu!! ema walaupun sarat tetap gagah dtg.. jep ko dah 3x bertutut-turut dtg. aku mmg terharu. ;))
to fiza + azie + hafiz, thanks kwn2. walaupun penat ke johor tak habis lagi, korg dtg jugak... at least wakil dr MOF. hehe ;p
to paklah + kiyah, tenkiuu sgt2. paklah pun tak pernah tak dtg. ni kali ke-3 kan? walaupun lambat sampai jugak. kiyah, walaupun tak kenal sgt tapi still ikut pak lah dtg. thanks tau!!!!

aku tak marah. cuma kecik hati. ;((

*my fave pic!* quality gambar kurang memuaskan. taken using my bro's BB


nota kaki : last year ramai sangat kawan-kawan yang datang tak sempat layan semua. tahun ni tak ramai sangat jadi boleh borak lama-lama sikit. ;p 
Free counters!

c l i c k

 

.eat.laugh.share. Design by Insight © 2009